Thursday, July 22, 2010

MAMPUKAH BERTAHAN ?

Semester baru telah bermula lagi banyak yang perlu dikejar dan dilakukan. Aku telah tiga minggu meninggalkan kerja, kadang kala terasa seperti baru sahaja aku mula berkerja tetapi dalam diam dah sebulan dan mungkin betul dengan kata-kata masa amat mencemburui kita.

Buat masa ini aku terpaksa gunakan tulang 4 kerat aku untuk membahagikan masa antara pelajaran dan keluarga. Aku terpaksa ulang alik Kuala Lumpur-Shah Alam kerana Mibah kurang sihat dan yang lain telah ada kehidupan masing-masing. Mahu atau tidak seseorang kena bertanggungjawab. Menjaga orang yang tersayang memanglah amalan yang baik tetapi kadang kala ia sangat menguji kesabaran aku. Aku berharap aku mampu bertahan dan tidak akan mengalah antara salah satunya. Aku memang tamak, tetapi kerana aku bimbang kehilangan kedua-dua yang penting bagiku.

Kadang kala aku sangat mencemburui kawan-kawanku yang bebas dari tanggungjawab dan tanggungjawab mereka hanya untuk belajar dan berkerja dan akhirnya balas jasa orang tua mereka. Kalau aku keluar untuk berhibur tidak lagi seperti dahulu kerana jasad aku besama mereka tapi fikiran aku di rumah...Sehinggakan ada yang salah faham kenapa aku begitu. Kadang kala ingin saja aku menangis tetapi akan dikatakan mengada-ngada. Kepada siapa yang aku mahu luahkan, aku tahu semua ada masalah mereka sendiri, aku ibarat pengembara yang keseorangan tiada tempat untuk bergantung melainkan diri sendiri.

Mungkin di sebalik dugaan ini ada hikmahnya, aku berharap aku mampu bertahan. Ya Allah kuatkan semangat hamba-Mu dalam menghadapi ujian yang kau turunkan.