Kini usiaku sudah menginjak pertengahan 2 siri, namun aku merasakan aku
masih jauh ketinggalan. Aku masih belum dapat merasakan kenikmatan hidup
sepenuhnya seperti yang orang selalu katakan.
Namun aku bersyukur dengan apa
yang aku miliki sekarang ini.Nak kata tak bersosial, aku rasakan kehidupan social aku
kira okey la bagi aku. Bagi aku bersosial tidak bermaksud aku harus berparty
setiap minggu. Namun aku masih juga ada kekurangan.
Kadang-kala aku sendiri tertanya apa yang aku mahu
sebenarnya. Kerana selama ini aku biarkan masa menentukan segalanya namun
lama-kelamaan aku rasa seperti bosan dengan gaya hidup seperti ini. Mahu
sesuatu yang baru tetapi separuh jiwaku mahukannya namun separuh lagi belum
bersedia. Aku keliru dengan keinginan aku sendiri.
Bila memikirkan kekurangan
diri aku rasakan lebih baik aku ikut aja jalan hidup namun aku akan berusaha
untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik.
Mungkin bagi orang diluar aku materialistic namun
kenyataannya kita hidup tidak boleh bergantung hanya kepada cinta, dan kasih
sayang sahaja. Keperluan asas manusia tak mungkin dapat ditampung.
Hmm… aku makin hilang akal. Berkerja untuk mengalihkan
perhatian namun adakah berbaloi? Kadang kala aku rasa nak berhenti kerja je. Akan
tetapi kalau ikutkan kata hati sangat binasa diri.
Mungkin aku patut berserah and just go with flow atau berusaha lagi 200%.Mungkin hanya masa bisa menentukan segalanya. Aku
berharap ada sinar buat aku di waktu akan datang.



