Setelah sekian lama aku tidak menulis. Sejak dua bulan yang lalu hidup aku penuh dengan cabaran dan ujian yang Maha Esa yang aku rasa kadang kala ingin saja aku mengalah dan lari tinggalkan segala beban.
Kini telah 28 hari Mibah meninggal aku, dengan hari raya yang semakin tiba hati aku menjadi pilu dan sedih. Setelah 7 tahun Mama pergi, Mibah pula yang ikut. Kehilangan Mama masih lagi aku ratapi kini Mibah pula. Bagaimana hendak aku teruskan hidup ini. Mibah makcik yang aku sayangi ibarat mak kepadaku kini tiada lagi. Kepada siapa hendak aku berkongsi rahsia,tiada lagi yang akan beranya "hang nak pi mana?", tiada lagi yang akan simpan segala barang-barang peribadi yang tertinggal, tiada siapa yang akan kejutkan aku dan tiada lagi inspektor dalam rumah itulah yang kami gelarkan kepada makcikku.
Kadang kala memang pening kepala tetapi memang diakui dia makcik yang paling kami sayangi. Sekeras mana hati kami untuk tidak mengakuinya namun aku tahu jauh di sudut hati kami pasti akan terasa kehilangannya. Adik lelaki aku yang tidak menujukkan kesedihannya tetapi dari raut wajahnya aku dapat lihat dia cuba menahan air mata dari menitis dan mungkin ini dikatakan ego.
Sejak pemergian Mibah, aku terasa seperti putus harapan. Aku tidak bersemangat lagi nak belajar atau membuat sebarang kerja. Aku dibesarkan dengan makcik-makcik aku yang berada dalam usia tua semejak Mama pergi kerana Papa sibuk dengan kerja. Sejak kecil aku dididik dan dibesarkan bersama mereka memang menjadi adat kalau kita bertengkar dalam keluarga tetapi itu hanya sementara, aku menjadi takut bila memikirkan kehilangan mereka satu per satu. Memang lah kalau kita mati,kita berseorangan tetapi aku belum puas bersama mereka menagih kasih sayang aku masih belum dapat membalas jasa mereka.
Pemergian Mibah juga telah mengajar aku satu pelajaran yang besar iaitu jangan bergantung kepada sesiapa atau berharap dengan sesiapa. Aku tahu ada yang mengatakan aku tidak profesional dan berfikiran waras tetapi bagaimana aku boleh menjadi rasional jika aku kehilangan 2 mak yang aku sayangi dalam usia aku???
Aku bukan mengharapkan atau menagih kasih tetapi yang aku harapkan pengertian beri aku sedikit waktu untuk aku bina kembali semangat untuk berdiri kembali atas kakiku ini. Hendakku pusing ke kanan untuk bercerita tiada siapa yang ada.Hendakku pusing ke kiri keadaannya sama juga. Di wajah aku terukir senyuman tetapi di hatiku ini hanya Tuhan saja yang tahu. Ingin sahaja aku menangis tetapi kepada siapa? Masalah aku bukan masalah mereka. Aku terasa keseorangan.
Aku sudah tidak berdaya mengahadapi dugaan dan ujian dari-Mu, Allah S.W.T. Kadang kala aku mempersoalkan kenapa semua ini harus ini terjadi kepada aku? Tetapi aku tahu mungkin semua ini ada hikmahnnya cuma aku masih tidak dapat menerima hakikat lagi. Ya Allah, Kau berikanlah aku kesempatan untuk membalas jasa Papa dan makcik-makcik aku.

No comments:
Post a Comment