Thursday, May 2, 2013

Jangka Waktu



Kini usiaku sudah menginjak pertengahan 2 siri, namun aku merasakan aku masih jauh ketinggalan. Aku masih belum dapat merasakan kenikmatan hidup sepenuhnya seperti yang orang selalu katakan. 

Namun aku bersyukur dengan apa yang aku miliki sekarang ini.Nak kata tak bersosial, aku rasakan kehidupan social aku kira okey la bagi aku. Bagi aku bersosial tidak bermaksud aku harus berparty setiap minggu. Namun aku masih juga ada kekurangan.

Kadang-kala aku sendiri tertanya apa yang aku mahu sebenarnya. Kerana selama ini aku biarkan masa menentukan segalanya namun lama-kelamaan aku rasa seperti bosan dengan gaya hidup seperti ini. Mahu sesuatu yang baru tetapi separuh jiwaku mahukannya namun separuh lagi belum bersedia. Aku keliru dengan keinginan aku sendiri. 

Bila memikirkan kekurangan diri aku rasakan lebih baik aku ikut aja jalan hidup namun aku akan berusaha untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik.

Mungkin bagi orang diluar aku materialistic namun kenyataannya kita hidup tidak boleh bergantung hanya kepada cinta, dan kasih sayang sahaja. Keperluan asas manusia tak mungkin dapat ditampung.

Hmm… aku makin hilang akal. Berkerja untuk mengalihkan perhatian namun adakah berbaloi? Kadang kala aku rasa nak berhenti kerja je. Akan tetapi kalau ikutkan kata hati sangat binasa diri. 

Mungkin aku patut berserah and just go with flow atau berusaha lagi 200%.Mungkin hanya masa bisa menentukan segalanya. Aku berharap ada sinar buat aku di waktu akan datang.

No comments:

Post a Comment