Kini, aku hanyut dengan arus. Arus yang aku sendiri tidak tahu akan membawa aku ke mana. Aku tidak tahu lagi ke mana arah tuju ku ini. Aku terlalu banyak menyimpan persoalan dan bimbang untuk berganjak dari tempat aku berdiri kini kerana bimbang aku akan terluka suatu hari nanti.
Mungkin aku mampu menghadapi jawapannya dengan tabah atau mungkin aku tidak dapat menerimanya.Kadang kala aku meragui diriku adakah aku akan berpeluang merasai perasaan cinta itu atau mungkin aku akan lebih gembira tanpanya. Persoalannya jika ada cinta untukku bilakah waktunya???
Hidup ini telah banyak mengajar aku untuk berdikari namun hati kecil ini masih memberontak mahukan perhatian dari yang lain. Sudah acap kali aku menagih perhatian dan kasih sayang namun tidak juga aku miliki. Haruskah aku menyatakannya sedangkan ia harus datang dari hati sendiri… Pada hakikatnya dalam senyum aku sengsara dan tidak difahami.
Air mata terus menitis bila merenungkanya. Adakah aku sekuat yang aku fikirkan untuk menghadapinya atau aku akan hanyut dan membinasakan diri ini. Mungkin pada hakikatnya aku harus renungkan keperitan dan kepahitan ini dan jadikan ia sebagai panduan agar aku terus bangun dan terus melangkah untuk kehidupan yang lebih baik dan menjadi orang yang lebih berguna.
Ya Allah, Kau berikanlah aku kekuatan dalam menghadapi dugaan dan cabaranmu sesungguhnya aku tidak mampu menghadapinya. Sekali aku melangkah Kau biarlah aku meneruskannya tanpa menoleh ke belakang.
No comments:
Post a Comment