Sunday, June 20, 2010

Komunikasi?

Hidup ini penuh dengan benda yang di luar jangkaan. Cuti semester akan berakhir tidak lama lagi dan dalam masa ini banyak yang berlaku. Sepatutnya, cuti sem ini mengikut rancangan awal aku pergi menjelajah Malaysia akan tetapi aku dapat tawaran berkerja sementara… Kali ini, aku berkerja lagi dengan sahabat baik aku, Sara setelah sekian lama kami tidak berkerja bersama.

Bercakap pasal kerja, ini adalah kali pertama aku berkerja sebagai telefonis pada namanya lah. Dan ia betul-betul menguji kesabaran aku. Pelbagai cabaran yang terpaksa kami lalui untuk membantu memudahkan para pengguna prabayar yang tak sedar kami hanya menjalankan tugas. Ade yang memaki hamun, ade yang cakap tu lansung tak sopan, ade juga pendatang asing yang tak dapat nak berkomunikasi kerana masalah bahasa dan yang paling saya pelik ade je budak-budak yang kecil yang agak kurang sikit ketika bertutur seperti takda adab.

Dan satu yang sering tertanya sejak berkerja disini, bagaimana tiga suku perkerja warga asing seperti Indonesia, Myanmar, Bangladesh Vietnam,Thailand dan senarainya boleh dikatakan panjang dapat berkerja jika mereka sendiri tidak dapat bertutur bahasa Melayu mahupun Inggeris. Sepatutnya jika dah lama mereka disini mereka dah boleh menguasai sedikit sekurang-kurangnya bahasa kita.

Aku tahu semua kerja pasti ada cabarannnya, namun aku akan anggap ia adalah sebagai latihan untuk menghadapi masa depan. Kerja kali ini tak ubah seperti stress management lesson. Walau bertapa susahnya ia kita perlu tahu cara menanganinya jangan biar ia menjatuhkan kita dan jangan selalu merungut jika tidak ia akan menghilangkan semangat kerja kita. Jika kita sentiasa mempersoalkan ape yang terjadi kita mungkin takkan maju ke hadapan sebaliknya akan menjadi mundur.

No comments:

Post a Comment