Friday, February 26, 2010

Minggu Yang Merunsingkan

Minggu lepas mendapat panggilan dari pejabat setiausaha negeri Selangor mengatakan aku antara yang terpilih untuk ke Majlis bersama MB. Aku telah pergi ke Majlis bersama MB Selangor. Kalau aku tahu boleh diwakilkan sahaja dan ia hanya la propaganda secara tidak lansung tidak ku membuang masa menanti hari tersebut. Seperti biasa dalam majlis-majlis tak pernah punctual. Majlis bermula sejam setengah selepas masa sepatutnya. Dan di waktu itu juga aku dapat lihat pelbagai kerenah. Aku ke sana seorang jadi ia menjadi sangat bosan apabila penantian itu terjadi. Yin, rakan baik ku telah menawarkan diri untuk menemaniku akan tetapi teman lelakinya datang melawatnya di sini, jadi tidak mungkin aku akan menyusahkan mereka dan mengambil keputusan untuk ke sana seorang diri walaupun tanganku masih bengkak dan aku tidak bermaya. Tetapi disini juga aku telah bertemu dan menambah kenalan aku. Namanya Azie, pelajar internatonal business, semoga kita terus berkekalan bersahabat. Mungkin disini kita harus bersama-sama termasuklah aku untuk menjadi punctual supaya setiap saat dan detik tidak membazir.

Minggu ini adalah miggu yang sangat merunsingkan dan minggu yang penuh dengan dosa bagiku. Aku belum lagi sampai tahap meninggikan suara kepada makcik ku tetapi malam tu disebab kan salah faham yang timbul oleh kakak kesayangan ku habis aku terus menengking nak fight for my right la konon… Selepas aksi mengamuk terus matikan telefon dan sedar aku telah melampaui batas. Aku sayangkan mereka cuma jangan jadikan aku seperti bom peledak yang tunggu mase untuk meletup. Bagiku bagaimana marah pun aku mereka tetap keluarga, walau bagaimana aku kata tak nak ambil tahu lagi pasal mereka yang pasti itu hanyalah kata-kata yang tiada makna. Kadang kala apabila marah kita terlalu mengikut nafsu sehingga keluar segala kata-kata yang tidak sepatutnya. Pabila emosi menguasai kita lupa dengan siapa yang kita bercakap. Maafkan aku…

Minggu tanpa handphone ni buat aku rase tenang kerana tidak perlu ambil tahu sangat apa yang tejadi. Kerunsingan aku juga berkurangan. Aku mampu untuk tidur dengan sewajarnya akhirnya. Bila kita mengalami tekanan yang negatif tiada lagi ruang untuk bergembira malah memberi kesan kepada kesihatan. Atau mungkin aku tidak tahu lagi bagaimana mengatur cara hidup sepatutnya.

Aku juga berharap agar aku dapat melalui minggu-minggu yang aku rasa sangat mencabar ini dengan penuh tabah dan sabar. Walau sakit aku terus melawan dan menceriakan diri supaya aku cepat sembuh. It’s just a placebo yang aku fikirkan supaya aku tidak dapat simpati. Semoga aku cepat sembuh dan sentiasa aktif walaupun kesihatan ku berada di tahap minimal.

No comments:

Post a Comment