Setelah masa berlalu, aku sangka aku mampu melupakan dirinya, namun ia tidak secepat yang aku harapkan. Aku sedar aku hanya satu persinggahan di saat dia tidak punya siapa. Namun hati ku masih berat untuk melupakannya walaupun otakku telah lama membuang dia jauh.
Pergilah kau jauh dari diri ini andai itu yang mampu membuatkan kau bahagia. Tiada guna lagi andai aku merajuk atau menangisi ketiadaanmu disini.
Kejujuranmu mula aku persoalkan walaupun perit menerima segala ‘cerita indah’ rupa-rupanya hanyalah ilusi yang memakan diriku akhirnya. Sudah acap kali aku cakap berterus terang dengan aku walaupun sakit aku akan menerimanya akan tetapi kau tetap tipu dan terus menipu dan akhirnya aku yang menjadi mangsa keadaan.Sudahku katakan kau boleh menipu aku sekali, dua kali mungkin banyak kali tapi bila sampai satu tahap jangan harap aku akan bersabar lagi.
Tidakkah kau mengerti apa yang cuba ku ungkapkan? Sudah berkali-kali kau sakiti hati ini. Dan juga kau tak pernah menganggap diriku sebagai teman baikmu sebaliknya hanya sebagai tempat berteduh pabila susah. Sekarang kau mencampakkan diriku umpama sampah yang tak berguna. Mengapa aku yang harus jadi mangsa. Apa yang kau lakukan tidak dapat aku fahami…
Aku yang menagih kasih sejak dulu lagi dibiarkan terbiar. Tiada sekelumit rasa belas kasihan atau pemahaman yang ku dapat sepanjang ‘perhubungan’.Yang aku harap cumala keikhlasan dan diri ini dihargai. Sudah penat aku menangis umpama pengemis utuk mengubah pendirianmu. Bukan aku mahu menyalahkan dirimu semata-mata. Tetapi janjimu hanyalah sekadar janji. Tidak ada satu pun yang kau tunaikan. Aku bertahan selama yang boleh tetapi tiada yang berubah. Sudah masanya untuk aku membuangmu jauh.
Aku kini berharap agar wajahmu hilang dari pandanganku agar aku dapat meneruskan hidupku. Jangan salah sangka bukan kerana cinta tapi kerana aku terlalu sayangkan dirimu sebagai insan yang aku anggap seorang rakan yang ku percaya dan sangat rapat. Mungkin suatu hari nanti apabila ia terjadi pada dirimu baru kau akan mengerti wahai insan.
No comments:
Post a Comment