Monday, May 24, 2010

Hati yang Panas

Kehidupan ini sangat aku tak sangka. Bukanlah nak kata aku ni baik, aku tahu aku juga akan buat benda yang aku cakap tak patut buat...tapi bila kita marah semua akan keluar apa yang kita tak bermaksud pun pasti akan keluar... Sebagai seorang kawan, kau sepatutnya tahu dan fahami diri ini.

Jangan disebabkan perkataan atau kata-kata yang keluar terus ia dijadikan alasan untuk aku diabaikan dan dilupakan dan terus diperkotak-katikkan. Tetapi tak mengapa ade ubi ade batas.

Aku cuba buang ego ke tepi dan merendahkan maruah, tapi kalau aku senyum seperti kerang busuk tetapi kau buat aku seperti halimunan, ape nak cakap. Kalau sekali, dua takpe tapi tolonglah aku pun ade hati dan perasaan.

Kenapa aku tak suka bercampur dan bersendirian? Sebab aku takut, takut kehilangan kerana dah terlalu rapat. Kenapalah susah sangat nak faham!!!
 
Argh...CUKUP,CUKUP. Aku takkan melayan hati lagi... Tarik nafas panjang dan lepaskannya dengan semua masalah yang remeh ini. Aku tak perlu semua ini.

No comments:

Post a Comment